sapa2 yang tak gheti naik gherek perewel mampuih tok sah naik...

Rewang2 la Beb...

:: Ride With The Chief Minister / 25.10.2009 / 7.00 am / Meet at Town Hall ::

20 July 2009

Getah Ride de Bedong...


Tarikh : 16hb July 2009
Trek : Estet Getah Bedong.
Jarak : 20 KM
Geng RCT : Sahaq , Bang Sok dan Iguano

First time masuk trek nie selepas di beritahu oleh Geng Modenas ada trek power kat kat bedong. Depa panggil bukit bedong tapi setahu aku tak pernah lagi la aku tengok bukit Bedong semenak 10 tahun dok kat bedong. Ghupa nya bukit nie dok tang Kg Kongsi 6. Dengar macam kampung gengster aja. Layan bukit bedong nie memang sempoi dan pueihh jugak laaa. Cuma nak balik main hentam aja jalan. Mujur lah trek nie tak pegi mana cuma main kot area bedong jugak laa. Kalu ada GPS cukup sempoi laaa... tak gaduh nak sesat dan tak payah nak tanya aci dok sibuk kutip susu getah.


Tu dia nampak Penang.
View belakang tu Sungai Petani

Lepak sat... aku nak tidoq...

Abg Sok... aku tak larat dah.Bukit Bedong nie tinggi sangat2.

Peluh Beceghau... hau... En Sahaq kita


01 July 2009

Memperjudikan...


Aku pilih tajuk memperjudikan ini bukan nak ajak semua main judi tapi semalam aku telah memperjudikan diri aku utk kayuh gherek dalam keadaan yang tidak selamat walau pun aku dah tau benda tu tak selamat (maksud omputih "aku gamble aja"). Tapi alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah taala kerana tak jadi apa2 dan mungkin rezeki aku laaa... Benda yang aku gamble kan nya adalah tayar aku yang sudah nampak benang pada bahagian tepi dan mungkin pada bila2 masa sahaja akan meletop terkena batu yang kasaq.


Pagi kelmarin aku and RCT Gang telah pun membuat percaturan untuk memasuki Offroad Sawit di Aman Jaya. Kita pun siap lah dengan pakaian yg cun, stokin yang wangi, Kepala yang skinhead (cun wow) dan gherek yg cun. Masa nak begolek tiba2 aku terpandang wajah tayar belakang yg berkeadaan berbenang-benang di bahagian tepi nya. Isshh... style apa tayar nie? kot memang lagu tu... bila aku perhatikan betul2 tayar tu ghupa nya sudah rosak laa... mungkin dia rosak masa aku kayuh offroad ngan abg Ly and the Gang minggu lepaih. Jadi aku pun 50-50 utk meneruskan kayuhan offroad nie. Nak tukaq tayar, tak dak tayar spare. keta aku ada lah tayar spare. pakaian dah cun, mentality dan cantek nak bawak Geng RCT main offroad. Tak kan nak balik umah. Bukan apa, aku takut sat gie dia meletop kat tengah2 hutan nuuu... mana ada perkhidmatan tukar tayar dalam hutan nuuu. Jenuih laa tuntun... Last2 bagi tidak mengecewakan ahli RCT yang lain aku pun coba untuk memperjudikan... pada hakikat nya JUDI itu haram dalam ISLAM. tapi judi aku nie halal laaa...

Downhill nie kalu dia meletop... alamat nya nuu... gaung tepi


Apa yang kita boleh belajar moral dari cita niee...

1. Dulu2 masa sekolah ada belajar moral tak? Had geng nuuu aja laaa... aku tak penah belajaq moral pun. Aku belajar Pengetahuan Agama Islam. Masa belajaq tu Ustaz kata JUDI adalah Haram.

2. Lain kali seblom nak kayuh gherek, sehari sblom tu kaa... pastikan gherek dalam keadaan yang baik. Mantainance haruslah dibuat bagi memastikan gherek dalam keadaan yang selamat.

3. Pastikan tayar dalam kaeadaan tekanan yang cukup tidak kurang dan tidak terlebih. kat tepi tayar tu ada tulis brapa tekanan yang sepatut nya.

4. Kalu apa yang aku dengar laaa.. Cikgu Fisol alor setaq kata lepaih kayuh gherek angin dalam tayar tu kena buang. Ini bagi menjaga hayat tayar tu lebih lama. sebab aku pakai tayar tu baru 4 bulan milage 1000km. Patut kaa ia jadi begitu. Cap pun cantek gak CONTINENTol...

5. last sekali .... Jangan pie Tikam Nomboq Ekoq, pie Tikam Batu boleh...

Ramai gak Oghang Ushar Blog Aku