sapa2 yang tak gheti naik gherek perewel mampuih tok sah naik...

Rewang2 la Beb...

:: Ride With The Chief Minister / 25.10.2009 / 7.00 am / Meet at Town Hall ::

05 December 2009

Berpindah ke perewelmampuih.com

Untuk makluman kepada semua, aku sedang dalam proses perpindahan Blog ini ke hosting sendiri. Sunguhpun ia memerlukan banyak pengorbanan untuk memeningkan kepala dan berbagai-bagai masaelah dalam proses perpindahan. Fasal apa aku pindah ? Fasal aku bebas untuk memekapkan lagi wajah blog aku nie... lagi satu data yang ada aku urus kan sendiri dan tidak lagi bergantung ngan wordpress yg free nie. Namun begitu banyak cabaran yg dihadapi kerana terpaksa belajar sendiri, tanya oghang, berguru ngan Adi Harriman dan LongMie dan belajaq kod html.

Diharap pengunjung akan terus melawati laman baru aku dan jangan lupa tukaq bookmarks dan url links didalam blog hangpa ke perewelmampuih.com Sokongan tuan-puan amat dihargai. Tidak lupa juga penghargaan kepada Adi Harriman diatas urusan perolehan domain dan hosting ini untuk perewelmampuih...Terima kasih sifu...

25 October 2009

Ride With Chief Minister @ round 1 pulau...

Buat julung kali nya aku dapat menawan Pulau Pinang sejauh 81km dengan mengambil masa 3jam dengan laluan yang sedikit mencabar. Dengan cuaca yg baik dan tidak begitu panaih lit-lit adalah menjadi faktor utama untuk merempit bersama-sama geng RB. Penyertaan untuk ketegori round island sungguh ramai sekali membuatkan laluan jd penuh sesak di permulaan. Awal-awal lagi aku dah bezit sebelum kaki aku cramp. Tapi syukur kaki aku tak buat perangai lagi macam tempoh ari Kayuhan KPLR mungkin disebabkan seblom kayuh aku telan 4 bijik calsium yang aku beli tempoh ari. Mahal gak ubat calsium tu aku beli, nak buat cam na dah terpaksa. Badan aku akan kehilangan calsium bila aku kayuh jauh. Boh pie lah minyak apa pun kaki aku tetap akan buat perangai. Lagi satu aku beli set minuman yang boleh membantu menghindarkan dari ke Cram pingan. Hat tu ayaq dia ada Potasium. Kekurangan Potasium jugak dapat membuat Ke Cram pingan kaki. Huihh... beratus jugak laa aku abis duit tanak bagi kaki aku buat hal. Mampuih jugak aku nie telan benda macam2 nie. Tak paaa... janji jangan cram.

Tahniah buat Penganjur kerana berjaya menganjur Ride With CM dengan sempurna dan baju T-Shirt yang diberi sangat berkualiti dan puehh hati skali. Berbaloi gak aku bayar duit yuran penyertaan teruih boleh dapat dua baju 1 T-Shirt dan 1 Jersi.

Ah Yong... Tokey kedai gherek Jln Sekerat


Rilex aja mamat nie bawak anak dia...

Pak Long dari Gerek Bukit

Adi Hariman... mana2 aja event dia mesti masuk saspek laaa...

18 October 2009

KPLR 09 @ Hat Yai ไม่พบคำ


สะ-หฺวัด-ดี-คฺรับ

Tarikh : 17hb Oktober 2009


Jarak Keseluruhan: 230KM
Kangar - Wang Kelian - Hat Yai - Padang Besaq - Kangar

Peserta: Seluruh MTB Riders Malaysia. 215 org

Sekalung penghargaan buat penganjur Perlis MTB, MCT , RamlySp, Tok Megat yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program KPLR 09 dan tidak lupa juga kepada Polis diraja Malaysia kerana mengaturkan laluan trafik. Buat negara Thailand layanan anda sungguh istimewa kepada peserta KPLR. Tuala sejuk Thailand akan ku kenang buat selamanya. Bukan senang nak dpt tuala sejuk tu naik kapal terbang kelas pertama aja boleh jumpa.
ยังไม่พบการพบจะพบไม่ได้พบยังไม่พบการพบจะพบไม่ได้พบยังไม่พบการพบจะพบไม่ได้พบยังไม่พบการพบจะพบไม่ได้พบยังไม่พบการพบจะพบไม่ได้พบยังไม่พบการพบจะพบไม่ได้พบยังไม่พบการพบจะพบไม่ไ

Akhirnya dilema aku terjawab sudah... dengan persedian yang tidak cukup aku hampir2 kecundang kedalam loghi KPLR. di KM 83 aku mengalami ke cram pingan pada kedua belah kaki yang amat teghuk skali. Macam nak cabut aja kaki aku nie. Mujur lah ada kawan aku Pok Ya RCT dia lah yang menemani aku sehingga aku lega. Tak lupa juga RaniMerida menolong aku dengan memberi ayaq jampi. Memang sungguh mujarab betui.

Dugaan sungguh KPLR nie dengan panaih Lit-lit , dengan cramp lagi , kena tinggai dengan kawan lagi dan cuma tak naik loghi aja laa... selamat dari kutukan member yang lain.Tapi apa-apa pun ini sebagai pengajaran pada aku bila nak kayuh long distance. Persiapan perlu ada dari segi metal dan stamina.


Selamat Berjumpa lagi di tahun hadapan KPLR 2010


RamlySp buat ceramah sket...
Hadapan Hotel Florida
Jejaka Tampan Bang Zan dan Bang Lie
ODD...
Hj Zul N Junior

Adi Hariman
Saspek to Hj Estima

Zul Marvelous Perda

With Abg Hensem



15 October 2009

Hat Yai oh... oh... Hat Yai ไม่พบคำ ไม่พบคำ ไม่พบคำ


View Larger Map



KPLR 2009 dalam dilema...

hahaha... Training pun tak dak. Peghut makin betambah lemak.

hahaha... Nak pecah lemak lagu mana nie...

hahaha... Gherek tak modify kasi rengan.

hahaha... Tak larat aku naik Loghi.

hahaha... Tughun dari lori kena kutok ngan geng2 lain... hahaha..

hahaha... Baru padan muka kat aku.

hahaha... Tak bley jadi




27 September 2009

Lembah Bujang Jamboree 2009


Ghaya ke 7 , baru lah gherek yang tegantong tu dapat tughun.Itu pun teruih belasah masuk jamboree di Lembah Bujang. Hentam saja... jangan dok krem kaa , tegheliat kaa, nafas keluar kot mata kaa kot telinga kaa . Tapi alhamdulillah semua benda2 tu tak berlaku. Apa2 pun mind set tu yang penting. Kalu kepala dok setting tak bley nak kayuh punah laa... Bak RamlySP dok kata Tell Your Brain To Work Hard...

Malam sebelom nak kayuh tu aku setting apa yang patut takut laa nanti pagi esok kelam kabut dibuat nya. Event tu flag off kul 8.00 Pagi dan aku sampai ke garisan penamat kul 9.50 pagi dan jarak keseluruhan 35km. Tak jauh mana pun dan trek nie aku bley bagi 2 Bintang aja laa. Kalu nak di compare kan Kedah Jamboree di Jitra perghh... mak oiiii... gila B*B*... aku kasi 6 Bintang... Apa-apa pun tahniah kepada organizer Lembah Bujang Jamboree kerana berjaya menguruskan Jamboree ini. T-Shirt pun ok... Siap lori VICO dan Lori teh 888 mai. Ayaq free flow. Memang sempoi.



Sebab2 aku berjaya ke garisan penamat.

1. Sehari sblom Jamboree tu kepala otak aku sudah pening memikirkan apa akan berlaku pada keesokan harinya. Sama ada lidah aku kat handle bar atau pun hembusan nafas aku satu Lembah Bujang kedengaran... Jadi aku cuba setting kan mind set aku supaya kepala otak aku nie suruh paha dan betis kaki aku nie berkerja kuat. Yang penting No Cramp...

2. Aku sudah toucher apabila sorang mamat nie pakai kaki besi telah memotong sayuq saja. Aduiihhh... tension... saikologi semua nie... nak tanak aku apa lagi buat drift laaa...


3. Sebelom aku kayuh, awai2 lagi aku lumoq minyak hangat kat seluruh betis dan paha aku. Bukan apa aku penah jadi masa kat kedah Jamboree. Dia main cramp bagai nak gilaa. Tapi bila ku boh minyak hangat nie teruih alhamdulillah recover balik. So aku decide pagi tu hentam minyak hangat nie supaya tak berlaku cramp.

4. Last sekali aku rasa faktor nie boleh kot di ambik kira iaitu jarak dan ke power an trek nie. Trek nie biasa2 aja laa. Pasai tu laa...




Bang Sok, Cikgu Din dan Abg Zailani

Wan nie street jadi Ghost Rider

Pak Long dan Naim dari Geng Gherek Batu

Tahniah Abg Sokri Bendang berjaya ke garisan penamat

Abg Saiful Manjong...

Adi Hariman kayuh ser low... ser low...

Bro Nizam dr SP

14 September 2009

Tu dia Ghaya Sakan noo...



Sakan nooo... tak pa hang posa sebulan dah (kena gantong) jadi aku bagi chance hang beraya... Lepaih nie aku nak henjut hang masuk Lembah Bujang Jamboree 26 September nie... Ish... aku teringat masa aku budak-budak dulu. Bila mai ghaya aja, seghonok tak tau nak habaq cam na tah...Mana nya tak buleh duit ghaya, baju ghaya, main merghecun. Tapi la nie penin pala laaa... nak beli baju anak, baju oghang umah, beli kueh ghaya, bg duit ghaya macam-macam lagi laa...tapi kalu dok pikiaq balik, benda nie setahun sekali aja. Jadi tak payah la nak celaru noo... Ghaya ala kada sudah laa... Tok sah nak sakan sangat. Sat gie habih ghaya hang dok pikiaq hutang plak. Tahun nie nak jadi chegita aku kena gheja. Tapi belah malam laa aku gheja, pasai tahun lepaih aku dah ghaya. Kita kena bagi chance la kat member kita gak. Giliaq-giliaq laa... Sat gie depa penin tak bley nak balik ghaya jenuh gak kita, dia pun ada keluarga gak. Tahun depan time kita plak ghaya. Cam tu lah kalu gheja shift 24 jam nie.




Apa-apa pun aku nak ucap kan Selamat Hari Ghaya Aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca blog aku ni dan juga riders di suluruh dunia. Mohon Maaf zahir sekiranya aku ada terkutuk dan terngumpat secara langsung dan tak langsung yang menguris perasaan hati hampa. Jemput2 la mai ke umah aku di Bedong, kedah.






Tips-tips balik kampung masa Ghaya nie...

1. Semangat nak ghaya tu jangan excited sangat. Sat gie dia lupa diri. payah nanti. Relax-relax aja. Hang bukan budak2 . Kalu budak2 tak pa laaa...

2. Sebelum nak ghaya tu jgn lupa bayaq Zakat Fitrah dulu.

3. Pastikan badan hampa rehat dengan secukupnya sebelom memulakan perjalanan. Kalu balik kampung kot dekat2 sini tak pa laa... Itu pun aku syorkan laa berehat. Mana tau balik gheja malam teruih nak jalan jauh. Bahaya tu...sat gie dia tehangguk2, last skali cium stereng tu.

4. Pasai nak tinggai umah, aku syor kan bawak sekali laa harta karun yg dok simpan kat umah tu. Sapa suh beli harta karun banyak sangat... Kawaq time nie laa dia nak wat gheja dia. Hang boh alarm kaa, Boh grill kaa cam na pun dia buleh masuk gak.

5. Masa ghaya tu jangan dok mentedarah sangat2. Relax-relax aja. Sat gie nak Kayuh pie hatyai mampuih tak laghat... jenuh laa support car nak angkut.

6. Last skali gherek yang dok gantong tu bawak turun laaa... dia pun nak pie beghaya gak. hehehe...





05 September 2009

Gantong Gherek...



Aduihhh... kena gantung kaaa. Bila boleh kayuh nie. Mungkin penggantongan nie selama sebulan bagi menghayati bulan Ramadhan yang mulia ini. Lepaih tu kita pie hadyai pakat-pakat pecah lemak. Jom kita pecah lemak buang balik lemak ketupat dan lemang yang berselaput di peghut tu...





Penyebab-penyebab pengantongan gherek di lakukan ...

1. Oghang umah sudah mengamok letak gehrek merata tempat. Dah lah kotoq tak penah basuh, satu umah habih kotoq. Jadi kita pon gantong laaa...

2. Size umah dah lah kecik. Tang nuu... dah la letak meja , tang nie... dah laa letak meshin basuh dan masa nie lah nak letak gherek. Jadi kita pon gantong laa...

3. Anak had 9 bulan tu pulok dok sibuk main rakap pulok. Dok pusing2 pastu dok main ghantai pulok. Jadi kita pon gantong laa...

4. Nie ghaya nak mai dah nie... syok jugak kalu kita gantong. Nak boh frame gambaq tak syok baik kita boh frame gherek nie. Jadi kita pon gantong laa...

5. last sekali punca dia... Mai bulan Ramadhan nie kena laa behenti sat. Nak kayuh belah petang dok sibuk kat pasar ramadhan. Nak kayoh belah mlm kita pie teraweh. Jadi kita pon gantong laa...

04 August 2009

Kedah Jamboree 2009 @ Tasik Darul Aman, Jitra

Salam,

Kali pertama memasuki jamboree walaupun baru saja berjinak2 dalam dunia MTB. Tak tau nak kata laa... memang pueeihhh rasanya dengan trek balak yang di hidangkan oleh organizer Kedah Jamboree nie ... Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada committee Kedah Jamboree adihariman, tandope, Amir Plus, Mael Teluk Intan, lontruth and geng2 lain kerana menganjurkan aktiviti ini dan event berlangsung dengan cukup sempurna... cukup ayaq dan buah-buahan pada setiap CheckPoint ... Aku dapat nombor ke 346 dari 600 peserta... teruk giler... nak wat cam ner pertama kali masuk jamboree. Lepaih nie kalu aku masuk Jamboree, aku nak mai awai pastu dok depan sekali. Tapi pada dasarnya Jamboree nie utk mengeratkan tali persaudaraan antara geng MTB. Memang pun masa event tu ramai juga lah aku dapat bersembang dalam kepenatan dan sempat juga lah aku jadi Medic yang tak bertauliah kepada riders yang krem tu... Krem nie sakiit yang paling nikmat sekali di dunia. Bila dah kena memang tak ingat dah sapa-sapa...

Rasa gian jugak lepaih balik dr Kedah Jamboree layan offroad. Yang Terbaru Kedah Jamboree iaitu 9hb nie di Titi Hayun plak (Cross Country). Insyaallah aku akan masuk...










20 July 2009

Getah Ride de Bedong...


Tarikh : 16hb July 2009
Trek : Estet Getah Bedong.
Jarak : 20 KM
Geng RCT : Sahaq , Bang Sok dan Iguano

First time masuk trek nie selepas di beritahu oleh Geng Modenas ada trek power kat kat bedong. Depa panggil bukit bedong tapi setahu aku tak pernah lagi la aku tengok bukit Bedong semenak 10 tahun dok kat bedong. Ghupa nya bukit nie dok tang Kg Kongsi 6. Dengar macam kampung gengster aja. Layan bukit bedong nie memang sempoi dan pueihh jugak laaa. Cuma nak balik main hentam aja jalan. Mujur lah trek nie tak pegi mana cuma main kot area bedong jugak laa. Kalu ada GPS cukup sempoi laaa... tak gaduh nak sesat dan tak payah nak tanya aci dok sibuk kutip susu getah.


Tu dia nampak Penang.
View belakang tu Sungai Petani

Lepak sat... aku nak tidoq...

Abg Sok... aku tak larat dah.Bukit Bedong nie tinggi sangat2.

Peluh Beceghau... hau... En Sahaq kita


01 July 2009

Memperjudikan...


Aku pilih tajuk memperjudikan ini bukan nak ajak semua main judi tapi semalam aku telah memperjudikan diri aku utk kayuh gherek dalam keadaan yang tidak selamat walau pun aku dah tau benda tu tak selamat (maksud omputih "aku gamble aja"). Tapi alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah taala kerana tak jadi apa2 dan mungkin rezeki aku laaa... Benda yang aku gamble kan nya adalah tayar aku yang sudah nampak benang pada bahagian tepi dan mungkin pada bila2 masa sahaja akan meletop terkena batu yang kasaq.


Pagi kelmarin aku and RCT Gang telah pun membuat percaturan untuk memasuki Offroad Sawit di Aman Jaya. Kita pun siap lah dengan pakaian yg cun, stokin yang wangi, Kepala yang skinhead (cun wow) dan gherek yg cun. Masa nak begolek tiba2 aku terpandang wajah tayar belakang yg berkeadaan berbenang-benang di bahagian tepi nya. Isshh... style apa tayar nie? kot memang lagu tu... bila aku perhatikan betul2 tayar tu ghupa nya sudah rosak laa... mungkin dia rosak masa aku kayuh offroad ngan abg Ly and the Gang minggu lepaih. Jadi aku pun 50-50 utk meneruskan kayuhan offroad nie. Nak tukaq tayar, tak dak tayar spare. keta aku ada lah tayar spare. pakaian dah cun, mentality dan cantek nak bawak Geng RCT main offroad. Tak kan nak balik umah. Bukan apa, aku takut sat gie dia meletop kat tengah2 hutan nuuu... mana ada perkhidmatan tukar tayar dalam hutan nuuu. Jenuih laa tuntun... Last2 bagi tidak mengecewakan ahli RCT yang lain aku pun coba untuk memperjudikan... pada hakikat nya JUDI itu haram dalam ISLAM. tapi judi aku nie halal laaa...

Downhill nie kalu dia meletop... alamat nya nuu... gaung tepi


Apa yang kita boleh belajar moral dari cita niee...

1. Dulu2 masa sekolah ada belajar moral tak? Had geng nuuu aja laaa... aku tak penah belajaq moral pun. Aku belajar Pengetahuan Agama Islam. Masa belajaq tu Ustaz kata JUDI adalah Haram.

2. Lain kali seblom nak kayuh gherek, sehari sblom tu kaa... pastikan gherek dalam keadaan yang baik. Mantainance haruslah dibuat bagi memastikan gherek dalam keadaan yang selamat.

3. Pastikan tayar dalam kaeadaan tekanan yang cukup tidak kurang dan tidak terlebih. kat tepi tayar tu ada tulis brapa tekanan yang sepatut nya.

4. Kalu apa yang aku dengar laaa.. Cikgu Fisol alor setaq kata lepaih kayuh gherek angin dalam tayar tu kena buang. Ini bagi menjaga hayat tayar tu lebih lama. sebab aku pakai tayar tu baru 4 bulan milage 1000km. Patut kaa ia jadi begitu. Cap pun cantek gak CONTINENTol...

5. last sekali .... Jangan pie Tikam Nomboq Ekoq, pie Tikam Batu boleh...

23 June 2009

Ulang Tahun ke 1000 KM GIANT IGUANA.


Selepas kayuh dari offroad sawit ari tu , tengah dok belek-belek metar tiba2... baru aku perasan milage gherek aku sudah pun melepasi 1000 KM dalam masa 4 bulan dari tagheh aku beli. Banyak jugak la aku membuat kayuhan dari 30km lebih sehingga lah ratusan kilometer. Banyak pengalaman yang aku perolehi dari gherek ini dari aku tak kenal org MTB sehingga lah aku kenal RamlySP atau lebih dikenali KGB dan Sehingga geng Thailand (BETONG MTB). Aku mula kayuh dari Guaq Chempedak sehingga lah ke puncak Gunung Jerai. Disitu lah cabaran yang paling gentir buat diri ku. Pada mula nya aku dengar org kayuh gherek dlm masa 2 Jam sampai ataih memang keja gila, tapi last2 aku yang buat keja gila tu. Cuma dalam masa 3 Jam aja aku bole sampai ataih. Dari puncak Gunung Jerai sehingga lah Ulu Lenggong Baling. Konon nak pie enjoy dengan geng RCT last2 bukan santai tapi belomba dengan geng2 depa. Ada laaa sampai teguling ataih tat. Dari SP kayuh sehingga lah ke Baling semata-mata nak makan Roti Canai Pokok Ketapang.Had nie Pot Abg Razif Baling. Kawan kenalan yang sangat2 best . Bila Kayuh aja ngan dia tak sah kalu tak besembang. Keja breakfast kat Baling nie RamlySP dok selalu buat. Memang aku kata gila. Last2 aku juga terikut sama hehehe... Orang kata makan gulai ikan temenung di Kuala Kedah memang sedap, kita pun kayuh jugak pi sana semata-mata nak makan gulai ikan temenung. Memang kayuhan nie ada saja nak cari makan. Cam mana nak kurus badan dok bantai saja.


Bab Kurus kan badan, selepas aku beli gherek dan kayuh beribu-ribu ehh... sekarang boleh laa ckp ribu-ribu Kilometer... bahawasanya berat badan aku telah pun turun sebanyak 10kg, dulu berat badan 95kg dan sekarang jeng-jeng... 85kg saja. Isshhh... aku rasa kalu company GIANT tau berat badan aku turun camni sure aku dapat jadi model utk promote depa punya product. Untung2 depa sponsor kat aku gherek Fullsus dr GIANT hehhe... fullsus adalah cita2 aku. Tapi tak tau bila bole sambaq.


Jadi kesimpulan nya yang aku bole buat dari gherek yang ada dua tayar nie , boleh menukar kehidupan anda dari seorg yang tak berapa nak sihat yg selalu kuat kemasai kepada seorang ahli sukan yg sihat dan aktif. Seorang yang tak berapa ramai kawan teruih jadi banyak kawan sehingga lah ke luar negara. Dari seorg yang tak kuat berbelanja sehingga laa seorang yang kuat berbelanja kerana berbelanja beli barang2 gherek yang beraban-raban sehingga kan taukey2 gherek di Malaysia nie jadi kaya raya. Dari hang tak tau jalan utan-utan ataupun shortcut sehingga tau lah jalan mana2 yang boleh lalu kalu kena ligan dengan polis. Lepaih tu dari aku tak dak Blog teruih aku buat laman Blog aku nie PEREWELMAMPUIH. Jadi tak secara langsung blog aku nie menyambut ulang tahun jugak laaa...

Dan akhir sekali aku tak mau dah hobi aku nie bertukar kepada hobi lain plak... cukup la sudah...

Ramai gak Oghang Ushar Blog Aku