sapa2 yang tak gheti naik gherek perewel mampuih tok sah naik...

Rewang2 la Beb...

:: Ride With The Chief Minister / 25.10.2009 / 7.00 am / Meet at Town Hall ::

23 June 2009

Ulang Tahun ke 1000 KM GIANT IGUANA.


Selepas kayuh dari offroad sawit ari tu , tengah dok belek-belek metar tiba2... baru aku perasan milage gherek aku sudah pun melepasi 1000 KM dalam masa 4 bulan dari tagheh aku beli. Banyak jugak la aku membuat kayuhan dari 30km lebih sehingga lah ratusan kilometer. Banyak pengalaman yang aku perolehi dari gherek ini dari aku tak kenal org MTB sehingga lah aku kenal RamlySP atau lebih dikenali KGB dan Sehingga geng Thailand (BETONG MTB). Aku mula kayuh dari Guaq Chempedak sehingga lah ke puncak Gunung Jerai. Disitu lah cabaran yang paling gentir buat diri ku. Pada mula nya aku dengar org kayuh gherek dlm masa 2 Jam sampai ataih memang keja gila, tapi last2 aku yang buat keja gila tu. Cuma dalam masa 3 Jam aja aku bole sampai ataih. Dari puncak Gunung Jerai sehingga lah Ulu Lenggong Baling. Konon nak pie enjoy dengan geng RCT last2 bukan santai tapi belomba dengan geng2 depa. Ada laaa sampai teguling ataih tat. Dari SP kayuh sehingga lah ke Baling semata-mata nak makan Roti Canai Pokok Ketapang.Had nie Pot Abg Razif Baling. Kawan kenalan yang sangat2 best . Bila Kayuh aja ngan dia tak sah kalu tak besembang. Keja breakfast kat Baling nie RamlySP dok selalu buat. Memang aku kata gila. Last2 aku juga terikut sama hehehe... Orang kata makan gulai ikan temenung di Kuala Kedah memang sedap, kita pun kayuh jugak pi sana semata-mata nak makan gulai ikan temenung. Memang kayuhan nie ada saja nak cari makan. Cam mana nak kurus badan dok bantai saja.


Bab Kurus kan badan, selepas aku beli gherek dan kayuh beribu-ribu ehh... sekarang boleh laa ckp ribu-ribu Kilometer... bahawasanya berat badan aku telah pun turun sebanyak 10kg, dulu berat badan 95kg dan sekarang jeng-jeng... 85kg saja. Isshhh... aku rasa kalu company GIANT tau berat badan aku turun camni sure aku dapat jadi model utk promote depa punya product. Untung2 depa sponsor kat aku gherek Fullsus dr GIANT hehhe... fullsus adalah cita2 aku. Tapi tak tau bila bole sambaq.


Jadi kesimpulan nya yang aku bole buat dari gherek yang ada dua tayar nie , boleh menukar kehidupan anda dari seorg yang tak berapa nak sihat yg selalu kuat kemasai kepada seorang ahli sukan yg sihat dan aktif. Seorang yang tak berapa ramai kawan teruih jadi banyak kawan sehingga lah ke luar negara. Dari seorg yang tak kuat berbelanja sehingga laa seorang yang kuat berbelanja kerana berbelanja beli barang2 gherek yang beraban-raban sehingga kan taukey2 gherek di Malaysia nie jadi kaya raya. Dari hang tak tau jalan utan-utan ataupun shortcut sehingga tau lah jalan mana2 yang boleh lalu kalu kena ligan dengan polis. Lepaih tu dari aku tak dak Blog teruih aku buat laman Blog aku nie PEREWELMAMPUIH. Jadi tak secara langsung blog aku nie menyambut ulang tahun jugak laaa...

Dan akhir sekali aku tak mau dah hobi aku nie bertukar kepada hobi lain plak... cukup la sudah...

18 June 2009

De Sawit Ride


Tarikh: 19hb Jun 2009
Jarak: 32km
Track: Offroad 90% , onroad 10%
Cuaca: Cukup cantek
Geng : Iguano, Abg Said TRJ, Abg Razif, Abg Lan MOBIL, Abg Ramly SP, Pak Usop dan Cikgu Din

Kali kedua masuk offroad pertama skali ngan geng RCT dan kedua nie ngan geng SP, tapi yang kali nie memang cukup puiieh... track Pak Usop dan Abg Said TRJ bawak. Dengan ladang kelapa sawit yang berbukit-bukau, jalan batu kelikir dan downhill yg power bangat, memang sangat mencabar berkayuh track Cross Country walaupun hanya menungang hardtail saja. Bagi geng SP (Pak Mail and The Geng) track nie lah tempat depa selalu bermain-main dikala waktu boring dan bagi aku track nie cukup mencabar walaupun Gunung Jerai dok selalu naik tapi track nie skill mau cukup kemas sket, kalu tak lepas bawah gaung tu betapa laa sorang2.


Nampak bandar SP yang serba moden.
Belakang tu DIGI Tower kat Taman Kelisa.Abg Said TRJ jadi marshall yg mesra alam.
Tayar begolek kul 8.00pagi dari depan Kelab Cinta Sayang dan terus menuju ke jalan Mahkamah Sungai Petani. Masuk2 aja offroad kena dah uphill yang mengerikan, tak sempat nak panas crankset dah kena uphill pulok... apa bole buat nasib badan cam nie lah XC baru lah Pueehhh... Tapi yang best XC nie walau pun panas terik, tapi dengan ada pokok-pokok tu dapat lah berteduh sket dari panahan matahari. Track yg last kami mendaki ke DIGI Tower

Kenapa Stamina aku macam Hampeh?

1. Ghupa nya offroad nie bukan boleh main kayuh santai mantai. Kena ada stamina yang kow-kow punya. jadi mind set aku dah lari sket.

2. Aku memang lama dah tak kayuh, jadi graph tu menurun jadi nak turning balik trend tu kena pelan-pelan laaa...

3. Aku ditourcher metality oleh geng2 veteran yang sama kayuh lagi2 Cikgu Din....

4. Aku baru2 nie isap rokok, nafas aku mula bernafas mcm kebota masuk ayaq. Itu yang aku failed. Lepaih nie tak mau isap daaaa...

Inilah Cikgu Din yang berumur 60an... Argghhh tidakkk...


Ramai gak Oghang Ushar Blog Aku