sapa2 yang tak gheti naik gherek perewel mampuih tok sah naik...

Rewang2 la Beb...

:: Ride With The Chief Minister / 25.10.2009 / 7.00 am / Meet at Town Hall ::

27 September 2009

Lembah Bujang Jamboree 2009


Ghaya ke 7 , baru lah gherek yang tegantong tu dapat tughun.Itu pun teruih belasah masuk jamboree di Lembah Bujang. Hentam saja... jangan dok krem kaa , tegheliat kaa, nafas keluar kot mata kaa kot telinga kaa . Tapi alhamdulillah semua benda2 tu tak berlaku. Apa2 pun mind set tu yang penting. Kalu kepala dok setting tak bley nak kayuh punah laa... Bak RamlySP dok kata Tell Your Brain To Work Hard...

Malam sebelom nak kayuh tu aku setting apa yang patut takut laa nanti pagi esok kelam kabut dibuat nya. Event tu flag off kul 8.00 Pagi dan aku sampai ke garisan penamat kul 9.50 pagi dan jarak keseluruhan 35km. Tak jauh mana pun dan trek nie aku bley bagi 2 Bintang aja laa. Kalu nak di compare kan Kedah Jamboree di Jitra perghh... mak oiiii... gila B*B*... aku kasi 6 Bintang... Apa-apa pun tahniah kepada organizer Lembah Bujang Jamboree kerana berjaya menguruskan Jamboree ini. T-Shirt pun ok... Siap lori VICO dan Lori teh 888 mai. Ayaq free flow. Memang sempoi.



Sebab2 aku berjaya ke garisan penamat.

1. Sehari sblom Jamboree tu kepala otak aku sudah pening memikirkan apa akan berlaku pada keesokan harinya. Sama ada lidah aku kat handle bar atau pun hembusan nafas aku satu Lembah Bujang kedengaran... Jadi aku cuba setting kan mind set aku supaya kepala otak aku nie suruh paha dan betis kaki aku nie berkerja kuat. Yang penting No Cramp...

2. Aku sudah toucher apabila sorang mamat nie pakai kaki besi telah memotong sayuq saja. Aduiihhh... tension... saikologi semua nie... nak tanak aku apa lagi buat drift laaa...


3. Sebelom aku kayuh, awai2 lagi aku lumoq minyak hangat kat seluruh betis dan paha aku. Bukan apa aku penah jadi masa kat kedah Jamboree. Dia main cramp bagai nak gilaa. Tapi bila ku boh minyak hangat nie teruih alhamdulillah recover balik. So aku decide pagi tu hentam minyak hangat nie supaya tak berlaku cramp.

4. Last sekali aku rasa faktor nie boleh kot di ambik kira iaitu jarak dan ke power an trek nie. Trek nie biasa2 aja laa. Pasai tu laa...




Bang Sok, Cikgu Din dan Abg Zailani

Wan nie street jadi Ghost Rider

Pak Long dan Naim dari Geng Gherek Batu

Tahniah Abg Sokri Bendang berjaya ke garisan penamat

Abg Saiful Manjong...

Adi Hariman kayuh ser low... ser low...

Bro Nizam dr SP

14 September 2009

Tu dia Ghaya Sakan noo...



Sakan nooo... tak pa hang posa sebulan dah (kena gantong) jadi aku bagi chance hang beraya... Lepaih nie aku nak henjut hang masuk Lembah Bujang Jamboree 26 September nie... Ish... aku teringat masa aku budak-budak dulu. Bila mai ghaya aja, seghonok tak tau nak habaq cam na tah...Mana nya tak buleh duit ghaya, baju ghaya, main merghecun. Tapi la nie penin pala laaa... nak beli baju anak, baju oghang umah, beli kueh ghaya, bg duit ghaya macam-macam lagi laa...tapi kalu dok pikiaq balik, benda nie setahun sekali aja. Jadi tak payah la nak celaru noo... Ghaya ala kada sudah laa... Tok sah nak sakan sangat. Sat gie habih ghaya hang dok pikiaq hutang plak. Tahun nie nak jadi chegita aku kena gheja. Tapi belah malam laa aku gheja, pasai tahun lepaih aku dah ghaya. Kita kena bagi chance la kat member kita gak. Giliaq-giliaq laa... Sat gie depa penin tak bley nak balik ghaya jenuh gak kita, dia pun ada keluarga gak. Tahun depan time kita plak ghaya. Cam tu lah kalu gheja shift 24 jam nie.




Apa-apa pun aku nak ucap kan Selamat Hari Ghaya Aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca blog aku ni dan juga riders di suluruh dunia. Mohon Maaf zahir sekiranya aku ada terkutuk dan terngumpat secara langsung dan tak langsung yang menguris perasaan hati hampa. Jemput2 la mai ke umah aku di Bedong, kedah.






Tips-tips balik kampung masa Ghaya nie...

1. Semangat nak ghaya tu jangan excited sangat. Sat gie dia lupa diri. payah nanti. Relax-relax aja. Hang bukan budak2 . Kalu budak2 tak pa laaa...

2. Sebelum nak ghaya tu jgn lupa bayaq Zakat Fitrah dulu.

3. Pastikan badan hampa rehat dengan secukupnya sebelom memulakan perjalanan. Kalu balik kampung kot dekat2 sini tak pa laa... Itu pun aku syorkan laa berehat. Mana tau balik gheja malam teruih nak jalan jauh. Bahaya tu...sat gie dia tehangguk2, last skali cium stereng tu.

4. Pasai nak tinggai umah, aku syor kan bawak sekali laa harta karun yg dok simpan kat umah tu. Sapa suh beli harta karun banyak sangat... Kawaq time nie laa dia nak wat gheja dia. Hang boh alarm kaa, Boh grill kaa cam na pun dia buleh masuk gak.

5. Masa ghaya tu jangan dok mentedarah sangat2. Relax-relax aja. Sat gie nak Kayuh pie hatyai mampuih tak laghat... jenuh laa support car nak angkut.

6. Last skali gherek yang dok gantong tu bawak turun laaa... dia pun nak pie beghaya gak. hehehe...





05 September 2009

Gantong Gherek...



Aduihhh... kena gantung kaaa. Bila boleh kayuh nie. Mungkin penggantongan nie selama sebulan bagi menghayati bulan Ramadhan yang mulia ini. Lepaih tu kita pie hadyai pakat-pakat pecah lemak. Jom kita pecah lemak buang balik lemak ketupat dan lemang yang berselaput di peghut tu...





Penyebab-penyebab pengantongan gherek di lakukan ...

1. Oghang umah sudah mengamok letak gehrek merata tempat. Dah lah kotoq tak penah basuh, satu umah habih kotoq. Jadi kita pon gantong laaa...

2. Size umah dah lah kecik. Tang nuu... dah la letak meja , tang nie... dah laa letak meshin basuh dan masa nie lah nak letak gherek. Jadi kita pon gantong laa...

3. Anak had 9 bulan tu pulok dok sibuk main rakap pulok. Dok pusing2 pastu dok main ghantai pulok. Jadi kita pon gantong laa...

4. Nie ghaya nak mai dah nie... syok jugak kalu kita gantong. Nak boh frame gambaq tak syok baik kita boh frame gherek nie. Jadi kita pon gantong laa...

5. last sekali punca dia... Mai bulan Ramadhan nie kena laa behenti sat. Nak kayuh belah petang dok sibuk kat pasar ramadhan. Nak kayoh belah mlm kita pie teraweh. Jadi kita pon gantong laa...

Ramai gak Oghang Ushar Blog Aku