sapa2 yang tak gheti naik gherek perewel mampuih tok sah naik...

Rewang2 la Beb...

:: Ride With The Chief Minister / 25.10.2009 / 7.00 am / Meet at Town Hall ::

24 May 2009

Kebun Bunga Ride.


Tarikh: 24hb Mei 2009
Jarak: 45km
Cuaca: Cukup cantek
Kelajuan: 4~5km/hr semasa mendaki.


Salam semua,

Ghupanya kayuhan di Thailand nie lebih kurang sama kayuh kat negara kita gak, dari segi cuaca dan suasana sama aja. Cuma yang beza nya signboard aja la yang buat kita tak paham. Negara kita pun apa kurang nya tak da pun nak di translate kan ke bahasa Inggeris. Tapi mcm mana pun aku lebih respect negara dorang nie bahawa mereka lebih mangagungkan lagi bahasa depa. Nak tau bahasa aku hampa kena lah usaha kot cam mana pun kasi paham tulisan aku สวนดอกไม้ขี้ม้า. Ibarat masuk kandang kambing mengembek, tapi masuk kandang babi alamat nya kena H1N1 laaa selsema babi. Bab selsema babi nie aku tengok masa nak masuk border tak lah sehebat macam KLIA, kawalan nya ketat gilaa... tapi tengok kat sempadan Betong tu, nurse2 kat situ dok besembang2 aja. Tak dak pun nak heat scan kat telinga aku. Kena mintak duit lagi ada la masa kat imegresen Thai. Jadi depa nie tak dak standard kot. Entah laa aku pun tak tau nak komen cam na. Biar laa depa uruskan dan aku banyak lagi kayuhan yang aku nak buat.

Kami mula kayuh di depan kedai Amin iaitu satu-satu nya kedai Basikal MTB yang ada di Betong. Memang kaya laa mamat nie. Mana nya tak aku tengok setiap kedai kat pekan Betong nie mesti ada Gherek MTB pas tu tak berkunci. Kalu kat malaysia silap banyak laa...Org Betong nie memang minat kayuh gherek. Tayar begolek lambat sikit 8.30pg sebab ada geng Kroh dan Baling tak mai lagi jadi kami terpaksa laa tunggu. Sambil menunggu tu sempat lagi laa ada geng pie shoping duluk kat kedai Amin tu. Perjalanan dari Pekan Betong ke Hot Spring lebih kurang 10km dan tidak berbukit cuma dr situ nak ke Kebun Bunga mak datok oiittt... bukit yang tinggi kalah kan Gunung Jerai. Jauh nya lebih kurang kat 20km Perghhhh.... Aku cuma kayuh slow-slow aja laa... Sebab mcm biasa laa stamina aku tak laa mcm org yang dah kayuh 5 dan 6 tahun. Insyaallah kalu aku mantain hobi aku nie lagi 3 tahun , kemungkinan aku akan jadi mcm tu.


Sampai di kebun bunga aku lihat tak lah macam kat Cameron Highland, Kebun nya tak begitu banyak laa.. kemungkinan cuaca kat situ tak berapa sejuk dibandingkan dengan Cameron Highland. Aku tak pun masuk dalam kebun tu sebab tak laa berapa menarik sangat dan aku bukan minat sangat kat bunga, tapi kalu ada kedai gherek kat dalam tu mungkin aku masuk. Lepas aja kami sampai di kebun Bunga , berehat sekejap terus gerak menuju ke Pekan Betong. Masa balik nie tak lah ragaih bukit, keadaan jalan semuanya downhill. Di kedai Amin kami di jamu dengan air cincau. Perghh.. memang best laa... Keseluruhan nya kayuhan ke Kebun Bunga nie memang serononok dan terhibur.

Tu dia bukit yang aku naik tadi.

TQ Zaidi kerana sudi menompangkan Gherek aku.

Abg Razif Baling dan Azam dr Perlis Power MTB
Abis aja kayuh check out hotel teruih pekena tomyam.Perghh sedap betui masakan depa nie...

20 May 2009

Kayuh Offroad Plak...

Hari nie aku kayuh offroad plak nak tukar selera .Sblom nie asyik main Tarmac aja skali2 kena gak laa belemuih sket. Tapi hari ni cuaca panas terik jadi tak dak laa keleboq... Takda keleboq pun tapi main downhill rasa puehh gak la.5 org dari geng RCT joint kayuhan nie yang lain2 ada keleja. Rupa nya main offroad nie kena lebih berhati-hati kerana permukaan yg tidak rata serta batu-batu yang besaq membuat kan kawalan basikal kita terbatas.Pengawalan basikal amat lah penting agar terhindar dari tercampak kedalam gaung. Jarak track nie tak lah jauh cuma 20 km sahaja iaitu di Bandar Puteri Jaya. Nama aja bandar tapi masih ada kebun getah. Itu cuma perancangan depa ajalah untuk menjadikan bandar.

Menarik sekali lah track nie cuma tak lah hardcore gila2 cuma sesuai lah utk aku yang baru dalam dunia kayuhan nie. Banyak lagi teknik-teknik yang aku perlu pelajari tentang dunia offroad , downhill, uphill , cross country dan macam2 laa... Yang pasti nya cita-cita aku utk memiliki gherek soft tail suatu hari nanti akan menjadi kenyataan isyaallah amin. Kerana kalu nak main offroad nie soft tail cukup cantek laa dan hard tail tak berapa nak sesuai laa, silap2 boleh patah body tu.





17 May 2009

Issh!!! Gunung Jerai Lagi...


Minggu nie kira minggu gunung jerai kot... asyik kayuh gunung saja niee. Aku rasa monyet2 kat sana naik boring tengok mamat nie aja asyik jumpa Tapi kalu dah naik sekali gunung jerai nie, pasti akan rasa ketagih untuk naik sekali lagi. Bila kita kayuh ke gunung jerai suasana disana sungguh menarik dan ditambah dengan udara yang fresh serta rasa sejuk bila sampai di kemuncak. Aku syorkan gunung jerai nie adalah destinasi kayuhan yang paling best sekali. Selain itu juga kita boleh belajar teknik-teknik kayuhan mendaki bukit dengan selesa.



Kali nie aku kayuh bersama-sama seluruh geng MTB di Kedah. Dapat juga la aku berkenalan dengan semua geng-geng yang masih tak berkesampain untuk berkenalan. Geng-geng yang joint Taman Sri Serdang, Geng PGA Kroh, Geng Baling Biker (Bang Razif, KPL. Hanif, Fozi, Wan, Wendy, SM Zali, Ferhud dan Apit) , Geng Manjung Cycle Team, KGB and The Geng ( Abg Said TRJ, Abg Lan Mobil, CG Din, Pak Mail, Pak Yusuf dan Abg Zailani). Geng RCT plak yang joint Sahaq, Bad , Iguano hehe... , Rani dan muka baru Norisham Eng. Keseluruhannya nampak ramai yg joint lebih kurang 40 org mendaki gunung jerai.

13 May 2009

Perbaharui Lesen E, Gunung Jerai



Bila : 13hb Mei 2009
Jarak : 15 KM (Tiang TELEKOM)
Cuaca: Panas dan diselang-seli dgn hujan renyai
Kelajuan: 6 km/hr
Kecerunan 20%
Masa : 2 Jam 30 min

Semangat yang masih membara kayuhan minggu lepas De' Legong membuatkan aku ingin mempebaharui lesen E GJ yang aku perolehi bulan lepas. Tapi kali nie aku berjaya memecahkan rekod sebelom ini 4 jam dan rekod terbaru aku iaitu 2 jam 30 min. Satu tranformasi yang cukup positif sekali. Geng RCT yang joint sekali Nyan46, Sahaq, Bad, Mie dan Fhirdaus.




Aku senaraikan faktor2 aku boleh naik GJ kali ke 2.

1. Mind set aku sangat penting. Lari sket mind set memang tak bleh naik punya laa... mcm mana pun aku dah set kepala otak aku Tiang TELEKOM lah destinasi aku. Walau apa2 rintangan yg ada sprt sakit pungkok kaa... krem kaki kaa... sakit pinggang kaa... lantak benda semua tu... nanti dia akan ok balik.

2. Jangan mudah putus asa. Benda nie standard laa... kalu org ckp pasal motivasi ayat nie lah selalu depa jual. Tapi memang betul pun. Silap sket hang putus asa abih laa.

3. Aku nak ucap berbanyak-banyak terima kasih pada geng2 aku RCT. Tanpa depa nie aku tak bleh lagi naik sorang2. Bukan apa, depa nie lah yg bagi semangat kat aku. Kalu aku naik sorang2, mampuih sapa yg nak bg semangat, tarmac ka? monyet ka? Pondok2 ka ? sarang maksiat ada laa...

4. Last sekali stamina kena cukup cantek. Benda nie kena perlahan-perlahan utk build up stamina. Kalu takat hari nie beli gherek esok nak naik Gunung Everest tak payah laa... Kena lah buat training yg secukupnya.

08 May 2009

De'Legong Ride


View Larger Map

Bila : 5 dan 6hb Mei 2009
Jarak Pegi Balik: 140 KM
Mana:Ulu Legong Hot Spring, Baling
Dari: Gurun
Cuaca: Cukup Cantek
Kelajuan: 35 km/hr

Memang best kali nie punya kayuhan, ramai betul yang joint pegi Ulu Legong (20 orang) dan mcm2 gelagat dok ada sekoq-sekoq. Kayuhan Cuma santai2 aja tapi aku sempat juga lah buat sprint test 40km/hr dengan geng-geng RCT. Saja nak tengok ketahanan aku yang tak seberapa nie,jika di compare kan dgn geng RCT yang lain seperti Fahrul dan Bad. On the way nak ke Ulu Legong sempat juga singgah kat Lata Mengkuang untuk berkelah dan mandi –manda. Last sekali aku kayuh gherek pie mandi air sungai masa aku darjah 5 waktu tu aku kayuh gherek dari taman Selasih Gombak ke Sungai Pusu. Tapi masa tu masih budak2 yang tak tau apa2. Gherek pun tak lah canggih sangat jika dibandingkan dengan sekarang. Pie mandi ayaq terjun kat sungai pusu tu perghhh memang best.. masuk kebun getah pastu buat downhill lagi. Yang syok nya bukan pakai Gherek MTB tapi pakai gherek BMX yang cikai gila aja. Kira hebat lah aku pada waktu tu.
Di Ulu legong Hot Spring menginap semalaman dan pagi esok tu bertolak balik ke Gurun. Macam biasa lah malam tu pie berendam air hangat tapi aku tak lah berendam sangat2 takut malam tak bley nak tidoq pastu esok plak nak kayuh lagi. Jangan nak cari pasai plak. Pagi-pagi lagi dah bangun utk kayuhan seterusnya balik ke Gurun. Sampai di Jeniang tepat jam 11:30 pg singgah di Rentoran CEN… pekena plak cendoi. Lepaih pekena cendoi lajak teruih ke Gurun sampai disana Jam 12:30tgh. Secara keseluruhannya Aktiviti kayuhan ni berjaya ditamatkan dan semua enjoy. Next kayuhan adalah Kayuhan Harum Manis. Tunggu laporan akan datang.

Oklah aku senaraikan faktor-faktor kenapa aku bole sampai ke Ulu Legong.

1.Seronok sangat kayuh beramai-ramai dan terhibur melihat gelagat sekoq-sekoq.Tapi kalu aku kayuh sorang-sorang tak tentu aku boley sampai ke Ulu Legong.

2.Mind set aku utk kayuh dengan minimum kelajuan 25km/hr. Kalu speed aku drop 25 km/hr kira aku cheroi laaa…

3.Force kan diri kita utk kayuh dengan sekuat hati sehingga jatung nie berdengup gila-gila punya.

4.Semasa kayuhan ke tempat yang tinggi gunakan teknik kayuhan di gunung Jerai iaitu rentak kayuhan yang cantek tanpa pulun sangat rilex aja…

5.Last sekali semangat pada diri kita yang paling penting. Kalu takat semangat yang rendah, aku percaya pasti tak boleh sampai ke Ulu Legong. Sesekali kita kena push sikit badan kita nie untuk berkerja dengan keras dan jangan manja sangat dengan badan kita ini.

Ramai gak Oghang Ushar Blog Aku