sapa2 yang tak gheti naik gherek perewel mampuih tok sah naik...

Rewang2 la Beb...

:: Ride With The Chief Minister / 25.10.2009 / 7.00 am / Meet at Town Hall ::

23 April 2009

Oh.. oh.. Tiang TELEKOM Gunung Jerai


Tarikh: 21/04/2009
Masa: 7.30 pagi
Tamat: 11.34pagi
Cuaca: Hujan Lebat serta Ribut
Track: Tarmac yg Licin
Geng RCT: Fuad , Abg Sokri dan Abg Zale

Macam mana laa.. aku boleh naik Gunung Jerai sampai atas? Tak pernah terlintas di fikiran utk sampai dikemuncak setinggi 1217 meter. Ini rekod peribadi aku menjejak kaki ke GJ dengan berbasikal selama 4 jam. Aku rasa rekod aku tu yang paling teruk dibuat. Selalunya geng MTB yg lain buat 2 jam lebih aja ataupun busuk2 pun 1jam 45minit. Tapi bagi aku yg masih baru dlm dunia MTB kira boleh laa... walaubagaimanapun insyaallah rekod itu akan diperbaharui lagi mungkin aku akan cuba buat 3 Jam. Aku akan kurangkan berhenti berehat dan maintain kayuhan sehingga sampai tiang TELEKOM.


Faktor-faktor aku berjaya naik sampai tiang TELEKOM 1217 meter
  1. Mindset aku adalah utk menyahut cabaran KGB (Ketua Geng Botak)
  2. Semangat aku yang berkobar-kobar. Tak kira hujan yg lebat serta ribut.
  3. Aku di temani oleh Geng RCT. Kalu sorang2 aku tak berani gak. Thanks tu Abg Sokri dan Abg Zale
  4. Yang penting adalah target utk sampai ke tiang TELEKOM. Kalu tak dak target alamatnya jadi macam tempoh ari.
  5. Last sekali dah tau teknik2 kayuhan hehehe... kalu hentam aja, erm... main pondok2 laa...

Ketinggian 1200 meter ini hanya di Resort GJ,Manakala tiang TELEKOM tu 1217 meter.

19 April 2009

Oh..oh.. Gunung Jerai

Bila ? 18/04/2009 @ Sabtu
Masa? 8.00Pagi
Cuaca? Cantek
Geng Joint? RCT, RamlySP, Zan-KX, Wan German, MatNor Laguna, Abg Zul polis Kulim, Abg Said TRJ, Lan Mobil, P.Mail , Tandope,Amir plus,Razif Baling,CG Fisol dan lain2 lah yg aku tak ingat nama... minta maaf.

Aku tak pueihh laa naik gunung jerai nie pasai aku dapat kelas L aja... geng-geng RCT Nyan dan Sahaq dapat lesen B2 dan Zale dan Daud urea dan B full. Jadi aku, Pak Lan, Abg Sok, Rani Mech, Ayen dan Abai cuma lesen L aja. (L = Main2 kat Pondok, B2 = Muzium, B= Resort dan E=Cium Tiang TELEKOM) Insyaallah aku akan cuba gak sekurang2 nya lesen B full itu target aku dan masa lebih kurang 3 Jam.

Kayuhan GJ nie disudahi dengan kenduri kesyukuran oleh Abg Said TRJ. Abg Said jamu Nasi Minyak, Ayam masak merah , Jelatah dan Lengkong. Memang best masakan Abg Said. Terima kasih di ucapkan kepada Abg Said TRJ kerana menyediakan hidangan yg teristimewa selepas penat turun dari guning jerai...

Faktor2 Aku kayuh sampai pondok 2 aja.
1. Lama aku tak kayuh, dah 2 minggu tayar tak golek
2. Aku tak warm up. Teruih naik aja. Jantong tak dan nak pump.
3. Metal aku tak dak target.Kot mana2 saja la. Tak yah laa nak cium tiang TELEKOM tu.
4. Aku punya spirit tak da. Cepat mengalah.Tengok aja org sorong aku pun lemah semangat.
5. Last kali aku teman kawan2 yang lain bersembang kat tepi selekoh hehhe..



Pak Mail otai yang paling power Pak Lan dan Abg Zul dr SP


Abg Razif memang Suspek laa.Lesen B2 Otai RCT bukan P.Lan tapi firdaus dan Zale


Sahaq Lesen B2 suspek.... Mental kuat Bro Razif nie...


Abg Razif bersama Tokey Roti John Perda Abg Said TRJ selaku sponsor Nasi Minyak


Zan-KX , CG Fisol dan Wan German

12 April 2009

Aku punya gherek cap GIANT

Aku beli GIANT nie tangal 03hb Februari 2009 dengan harga RM2500 hutang sahaja. Di harapkan apabila aku kayuh nanti tahap kesihatan aku akan bertambah bagus termasuk lah berat badan aku turun.Sekarang berat badan pun dah 90kg. Mungkin 6 bulan akan datang turun 5kg laa target aku.

Spec gherek aku biasa aja tak lah hebat mana pun set aku Shimano Deore ajer dan saiz body 17" sesuai kot dengan badan aku nie.Jadi harap lah xtvt kayuhan aku nie bertahan dengan lebih lama sehingga aku dah tua.



Selamat datang ke Blog Perewelmampuih

Salam buat semua,

Selamat datang ke blog saya iaitu perewelmampuih dan diharapkan kepada semua pengayuh gherek diseluruh malaysia dapat berkongsi pengalaman bersama saya disamping bertukar-tukar fikiran dalam hal apa-apa pun atau lebih menarik lagi pasai gherek.Yang pasti nya blog ini biasa aja tak menjanji kan cerita-cerita yang panas dan malatop...

Ramai gak Oghang Ushar Blog Aku