sapa2 yang tak gheti naik gherek perewel mampuih tok sah naik...

Rewang2 la Beb...

:: Ride With The Chief Minister / 25.10.2009 / 7.00 am / Meet at Town Hall ::

23 June 2009

Ulang Tahun ke 1000 KM GIANT IGUANA.


Selepas kayuh dari offroad sawit ari tu , tengah dok belek-belek metar tiba2... baru aku perasan milage gherek aku sudah pun melepasi 1000 KM dalam masa 4 bulan dari tagheh aku beli. Banyak jugak la aku membuat kayuhan dari 30km lebih sehingga lah ratusan kilometer. Banyak pengalaman yang aku perolehi dari gherek ini dari aku tak kenal org MTB sehingga lah aku kenal RamlySP atau lebih dikenali KGB dan Sehingga geng Thailand (BETONG MTB). Aku mula kayuh dari Guaq Chempedak sehingga lah ke puncak Gunung Jerai. Disitu lah cabaran yang paling gentir buat diri ku. Pada mula nya aku dengar org kayuh gherek dlm masa 2 Jam sampai ataih memang keja gila, tapi last2 aku yang buat keja gila tu. Cuma dalam masa 3 Jam aja aku bole sampai ataih. Dari puncak Gunung Jerai sehingga lah Ulu Lenggong Baling. Konon nak pie enjoy dengan geng RCT last2 bukan santai tapi belomba dengan geng2 depa. Ada laaa sampai teguling ataih tat. Dari SP kayuh sehingga lah ke Baling semata-mata nak makan Roti Canai Pokok Ketapang.Had nie Pot Abg Razif Baling. Kawan kenalan yang sangat2 best . Bila Kayuh aja ngan dia tak sah kalu tak besembang. Keja breakfast kat Baling nie RamlySP dok selalu buat. Memang aku kata gila. Last2 aku juga terikut sama hehehe... Orang kata makan gulai ikan temenung di Kuala Kedah memang sedap, kita pun kayuh jugak pi sana semata-mata nak makan gulai ikan temenung. Memang kayuhan nie ada saja nak cari makan. Cam mana nak kurus badan dok bantai saja.


Bab Kurus kan badan, selepas aku beli gherek dan kayuh beribu-ribu ehh... sekarang boleh laa ckp ribu-ribu Kilometer... bahawasanya berat badan aku telah pun turun sebanyak 10kg, dulu berat badan 95kg dan sekarang jeng-jeng... 85kg saja. Isshhh... aku rasa kalu company GIANT tau berat badan aku turun camni sure aku dapat jadi model utk promote depa punya product. Untung2 depa sponsor kat aku gherek Fullsus dr GIANT hehhe... fullsus adalah cita2 aku. Tapi tak tau bila bole sambaq.


Jadi kesimpulan nya yang aku bole buat dari gherek yang ada dua tayar nie , boleh menukar kehidupan anda dari seorg yang tak berapa nak sihat yg selalu kuat kemasai kepada seorang ahli sukan yg sihat dan aktif. Seorang yang tak berapa ramai kawan teruih jadi banyak kawan sehingga lah ke luar negara. Dari seorg yang tak kuat berbelanja sehingga laa seorang yang kuat berbelanja kerana berbelanja beli barang2 gherek yang beraban-raban sehingga kan taukey2 gherek di Malaysia nie jadi kaya raya. Dari hang tak tau jalan utan-utan ataupun shortcut sehingga tau lah jalan mana2 yang boleh lalu kalu kena ligan dengan polis. Lepaih tu dari aku tak dak Blog teruih aku buat laman Blog aku nie PEREWELMAMPUIH. Jadi tak secara langsung blog aku nie menyambut ulang tahun jugak laaa...

Dan akhir sekali aku tak mau dah hobi aku nie bertukar kepada hobi lain plak... cukup la sudah...

No comments:

Post a Comment

Ramai gak Oghang Ushar Blog Aku