sapa2 yang tak gheti naik gherek perewel mampuih tok sah naik...

Rewang2 la Beb...

:: Ride With The Chief Minister / 25.10.2009 / 7.00 am / Meet at Town Hall ::

25 October 2009

Ride With Chief Minister @ round 1 pulau...

Buat julung kali nya aku dapat menawan Pulau Pinang sejauh 81km dengan mengambil masa 3jam dengan laluan yang sedikit mencabar. Dengan cuaca yg baik dan tidak begitu panaih lit-lit adalah menjadi faktor utama untuk merempit bersama-sama geng RB. Penyertaan untuk ketegori round island sungguh ramai sekali membuatkan laluan jd penuh sesak di permulaan. Awal-awal lagi aku dah bezit sebelum kaki aku cramp. Tapi syukur kaki aku tak buat perangai lagi macam tempoh ari Kayuhan KPLR mungkin disebabkan seblom kayuh aku telan 4 bijik calsium yang aku beli tempoh ari. Mahal gak ubat calsium tu aku beli, nak buat cam na dah terpaksa. Badan aku akan kehilangan calsium bila aku kayuh jauh. Boh pie lah minyak apa pun kaki aku tetap akan buat perangai. Lagi satu aku beli set minuman yang boleh membantu menghindarkan dari ke Cram pingan. Hat tu ayaq dia ada Potasium. Kekurangan Potasium jugak dapat membuat Ke Cram pingan kaki. Huihh... beratus jugak laa aku abis duit tanak bagi kaki aku buat hal. Mampuih jugak aku nie telan benda macam2 nie. Tak paaa... janji jangan cram.

Tahniah buat Penganjur kerana berjaya menganjur Ride With CM dengan sempurna dan baju T-Shirt yang diberi sangat berkualiti dan puehh hati skali. Berbaloi gak aku bayar duit yuran penyertaan teruih boleh dapat dua baju 1 T-Shirt dan 1 Jersi.

Ah Yong... Tokey kedai gherek Jln Sekerat


Rilex aja mamat nie bawak anak dia...

Pak Long dari Gerek Bukit

Adi Hariman... mana2 aja event dia mesti masuk saspek laaa...

No comments:

Post a Comment

Ramai gak Oghang Ushar Blog Aku