sapa2 yang tak gheti naik gherek perewel mampuih tok sah naik...

Rewang2 la Beb...

:: Ride With The Chief Minister / 25.10.2009 / 7.00 am / Meet at Town Hall ::

20 May 2009

Kayuh Offroad Plak...

Hari nie aku kayuh offroad plak nak tukar selera .Sblom nie asyik main Tarmac aja skali2 kena gak laa belemuih sket. Tapi hari ni cuaca panas terik jadi tak dak laa keleboq... Takda keleboq pun tapi main downhill rasa puehh gak la.5 org dari geng RCT joint kayuhan nie yang lain2 ada keleja. Rupa nya main offroad nie kena lebih berhati-hati kerana permukaan yg tidak rata serta batu-batu yang besaq membuat kan kawalan basikal kita terbatas.Pengawalan basikal amat lah penting agar terhindar dari tercampak kedalam gaung. Jarak track nie tak lah jauh cuma 20 km sahaja iaitu di Bandar Puteri Jaya. Nama aja bandar tapi masih ada kebun getah. Itu cuma perancangan depa ajalah untuk menjadikan bandar.

Menarik sekali lah track nie cuma tak lah hardcore gila2 cuma sesuai lah utk aku yang baru dalam dunia kayuhan nie. Banyak lagi teknik-teknik yang aku perlu pelajari tentang dunia offroad , downhill, uphill , cross country dan macam2 laa... Yang pasti nya cita-cita aku utk memiliki gherek soft tail suatu hari nanti akan menjadi kenyataan isyaallah amin. Kerana kalu nak main offroad nie soft tail cukup cantek laa dan hard tail tak berapa nak sesuai laa, silap2 boleh patah body tu.





2 comments:

  1. errr....bole tau keleboq tu aper? hehe.

    ReplyDelete
  2. Cik Ziela, keleboq tu orang Kedah cakap macam tempat kerbau mandi manda @ kubang kerbau...tempat yang dipenuhi selut...

    ReplyDelete

Ramai gak Oghang Ushar Blog Aku