sapa2 yang tak gheti naik gherek perewel mampuih tok sah naik...

Rewang2 la Beb...

:: Ride With The Chief Minister / 25.10.2009 / 7.00 am / Meet at Town Hall ::

24 May 2009

Kebun Bunga Ride.


Tarikh: 24hb Mei 2009
Jarak: 45km
Cuaca: Cukup cantek
Kelajuan: 4~5km/hr semasa mendaki.


Salam semua,

Ghupanya kayuhan di Thailand nie lebih kurang sama kayuh kat negara kita gak, dari segi cuaca dan suasana sama aja. Cuma yang beza nya signboard aja la yang buat kita tak paham. Negara kita pun apa kurang nya tak da pun nak di translate kan ke bahasa Inggeris. Tapi mcm mana pun aku lebih respect negara dorang nie bahawa mereka lebih mangagungkan lagi bahasa depa. Nak tau bahasa aku hampa kena lah usaha kot cam mana pun kasi paham tulisan aku สวนดอกไม้ขี้ม้า. Ibarat masuk kandang kambing mengembek, tapi masuk kandang babi alamat nya kena H1N1 laaa selsema babi. Bab selsema babi nie aku tengok masa nak masuk border tak lah sehebat macam KLIA, kawalan nya ketat gilaa... tapi tengok kat sempadan Betong tu, nurse2 kat situ dok besembang2 aja. Tak dak pun nak heat scan kat telinga aku. Kena mintak duit lagi ada la masa kat imegresen Thai. Jadi depa nie tak dak standard kot. Entah laa aku pun tak tau nak komen cam na. Biar laa depa uruskan dan aku banyak lagi kayuhan yang aku nak buat.

Kami mula kayuh di depan kedai Amin iaitu satu-satu nya kedai Basikal MTB yang ada di Betong. Memang kaya laa mamat nie. Mana nya tak aku tengok setiap kedai kat pekan Betong nie mesti ada Gherek MTB pas tu tak berkunci. Kalu kat malaysia silap banyak laa...Org Betong nie memang minat kayuh gherek. Tayar begolek lambat sikit 8.30pg sebab ada geng Kroh dan Baling tak mai lagi jadi kami terpaksa laa tunggu. Sambil menunggu tu sempat lagi laa ada geng pie shoping duluk kat kedai Amin tu. Perjalanan dari Pekan Betong ke Hot Spring lebih kurang 10km dan tidak berbukit cuma dr situ nak ke Kebun Bunga mak datok oiittt... bukit yang tinggi kalah kan Gunung Jerai. Jauh nya lebih kurang kat 20km Perghhhh.... Aku cuma kayuh slow-slow aja laa... Sebab mcm biasa laa stamina aku tak laa mcm org yang dah kayuh 5 dan 6 tahun. Insyaallah kalu aku mantain hobi aku nie lagi 3 tahun , kemungkinan aku akan jadi mcm tu.


Sampai di kebun bunga aku lihat tak lah macam kat Cameron Highland, Kebun nya tak begitu banyak laa.. kemungkinan cuaca kat situ tak berapa sejuk dibandingkan dengan Cameron Highland. Aku tak pun masuk dalam kebun tu sebab tak laa berapa menarik sangat dan aku bukan minat sangat kat bunga, tapi kalu ada kedai gherek kat dalam tu mungkin aku masuk. Lepas aja kami sampai di kebun Bunga , berehat sekejap terus gerak menuju ke Pekan Betong. Masa balik nie tak lah ragaih bukit, keadaan jalan semuanya downhill. Di kedai Amin kami di jamu dengan air cincau. Perghh.. memang best laa... Keseluruhan nya kayuhan ke Kebun Bunga nie memang serononok dan terhibur.

Tu dia bukit yang aku naik tadi.

TQ Zaidi kerana sudi menompangkan Gherek aku.

Abg Razif Baling dan Azam dr Perlis Power MTB
Abis aja kayuh check out hotel teruih pekena tomyam.Perghh sedap betui masakan depa nie...

No comments:

Post a Comment

Ramai gak Oghang Ushar Blog Aku