sapa2 yang tak gheti naik gherek perewel mampuih tok sah naik...

Rewang2 la Beb...

:: Ride With The Chief Minister / 25.10.2009 / 7.00 am / Meet at Town Hall ::

13 May 2009

Perbaharui Lesen E, Gunung Jerai



Bila : 13hb Mei 2009
Jarak : 15 KM (Tiang TELEKOM)
Cuaca: Panas dan diselang-seli dgn hujan renyai
Kelajuan: 6 km/hr
Kecerunan 20%
Masa : 2 Jam 30 min

Semangat yang masih membara kayuhan minggu lepas De' Legong membuatkan aku ingin mempebaharui lesen E GJ yang aku perolehi bulan lepas. Tapi kali nie aku berjaya memecahkan rekod sebelom ini 4 jam dan rekod terbaru aku iaitu 2 jam 30 min. Satu tranformasi yang cukup positif sekali. Geng RCT yang joint sekali Nyan46, Sahaq, Bad, Mie dan Fhirdaus.




Aku senaraikan faktor2 aku boleh naik GJ kali ke 2.

1. Mind set aku sangat penting. Lari sket mind set memang tak bleh naik punya laa... mcm mana pun aku dah set kepala otak aku Tiang TELEKOM lah destinasi aku. Walau apa2 rintangan yg ada sprt sakit pungkok kaa... krem kaki kaa... sakit pinggang kaa... lantak benda semua tu... nanti dia akan ok balik.

2. Jangan mudah putus asa. Benda nie standard laa... kalu org ckp pasal motivasi ayat nie lah selalu depa jual. Tapi memang betul pun. Silap sket hang putus asa abih laa.

3. Aku nak ucap berbanyak-banyak terima kasih pada geng2 aku RCT. Tanpa depa nie aku tak bleh lagi naik sorang2. Bukan apa, depa nie lah yg bagi semangat kat aku. Kalu aku naik sorang2, mampuih sapa yg nak bg semangat, tarmac ka? monyet ka? Pondok2 ka ? sarang maksiat ada laa...

4. Last sekali stamina kena cukup cantek. Benda nie kena perlahan-perlahan utk build up stamina. Kalu takat hari nie beli gherek esok nak naik Gunung Everest tak payah laa... Kena lah buat training yg secukupnya.

No comments:

Post a Comment

Ramai gak Oghang Ushar Blog Aku