sapa2 yang tak gheti naik gherek perewel mampuih tok sah naik...

Rewang2 la Beb...

:: Ride With The Chief Minister / 25.10.2009 / 7.00 am / Meet at Town Hall ::

08 May 2009

De'Legong Ride


View Larger Map

Bila : 5 dan 6hb Mei 2009
Jarak Pegi Balik: 140 KM
Mana:Ulu Legong Hot Spring, Baling
Dari: Gurun
Cuaca: Cukup Cantek
Kelajuan: 35 km/hr

Memang best kali nie punya kayuhan, ramai betul yang joint pegi Ulu Legong (20 orang) dan mcm2 gelagat dok ada sekoq-sekoq. Kayuhan Cuma santai2 aja tapi aku sempat juga lah buat sprint test 40km/hr dengan geng-geng RCT. Saja nak tengok ketahanan aku yang tak seberapa nie,jika di compare kan dgn geng RCT yang lain seperti Fahrul dan Bad. On the way nak ke Ulu Legong sempat juga singgah kat Lata Mengkuang untuk berkelah dan mandi –manda. Last sekali aku kayuh gherek pie mandi air sungai masa aku darjah 5 waktu tu aku kayuh gherek dari taman Selasih Gombak ke Sungai Pusu. Tapi masa tu masih budak2 yang tak tau apa2. Gherek pun tak lah canggih sangat jika dibandingkan dengan sekarang. Pie mandi ayaq terjun kat sungai pusu tu perghhh memang best.. masuk kebun getah pastu buat downhill lagi. Yang syok nya bukan pakai Gherek MTB tapi pakai gherek BMX yang cikai gila aja. Kira hebat lah aku pada waktu tu.
Di Ulu legong Hot Spring menginap semalaman dan pagi esok tu bertolak balik ke Gurun. Macam biasa lah malam tu pie berendam air hangat tapi aku tak lah berendam sangat2 takut malam tak bley nak tidoq pastu esok plak nak kayuh lagi. Jangan nak cari pasai plak. Pagi-pagi lagi dah bangun utk kayuhan seterusnya balik ke Gurun. Sampai di Jeniang tepat jam 11:30 pg singgah di Rentoran CEN… pekena plak cendoi. Lepaih pekena cendoi lajak teruih ke Gurun sampai disana Jam 12:30tgh. Secara keseluruhannya Aktiviti kayuhan ni berjaya ditamatkan dan semua enjoy. Next kayuhan adalah Kayuhan Harum Manis. Tunggu laporan akan datang.

Oklah aku senaraikan faktor-faktor kenapa aku bole sampai ke Ulu Legong.

1.Seronok sangat kayuh beramai-ramai dan terhibur melihat gelagat sekoq-sekoq.Tapi kalu aku kayuh sorang-sorang tak tentu aku boley sampai ke Ulu Legong.

2.Mind set aku utk kayuh dengan minimum kelajuan 25km/hr. Kalu speed aku drop 25 km/hr kira aku cheroi laaa…

3.Force kan diri kita utk kayuh dengan sekuat hati sehingga jatung nie berdengup gila-gila punya.

4.Semasa kayuhan ke tempat yang tinggi gunakan teknik kayuhan di gunung Jerai iaitu rentak kayuhan yang cantek tanpa pulun sangat rilex aja…

5.Last sekali semangat pada diri kita yang paling penting. Kalu takat semangat yang rendah, aku percaya pasti tak boleh sampai ke Ulu Legong. Sesekali kita kena push sikit badan kita nie untuk berkerja dengan keras dan jangan manja sangat dengan badan kita ini.

No comments:

Post a Comment

Ramai gak Oghang Ushar Blog Aku